SIAPAKAH FOUNDER BYDRAZLAN?
Dato’ Prof. Dr. Norazlanshah dilahirkan pada tanggal 11 ogos 1980 di dalam keluarga yang serba sederhana namun dibesarkan penuh dengan kasih sayang dari kedua ibu bapa. Beliau adalah seorang yang bertanggungjawap, bercita-cita tinggi dan penyayang terhadap kedua ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
Dato’ Prof. Dr. Norazlanshah telah menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di dalam bidang sains makanan.
Kini, disamping bertanggungjawap sebagai pengasas produk penyelidikan ByDrAzlan, beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Giat menjalankan latihan dan perundingan di dalam bidang kesihatan merangkumi aspek keselamatan makanan (Latihan pengendali makanan, asas kebersiha nmakanan, GMP & HACCP) dan terapi makanan. Bidang penyelidikan yang dijalankan merangkumi bidang keselamatan makanan dan toksikologi makanan.
Beliau berjaya menghasilkan dan memasarkan produk-produk hasil penyelidikan beliau di bawah jenama BYDRAZLAN seperti Triple-T, Khalifah-T, Golden-B, Kopi Durian Emas, Face Solution Soap, Body Solution Soap dan produk yang terkini adalah B-Smart Gummy.
Produk-produk beliau ini dipasarkan aktif secara online di dalam mahu pun di luar negara.
Untuk makluman anda, Dr Azlan merupakan seorang pakar dalam kajian toksikologi herba dan pemakanan & keselamatan makanan dari Universiti Awam Malaysia.
Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah daripada penyelidikan dan pembangunan produk berasaskan herba di antaranya adalah Ekspo Teknologi Malaysia, MTE 2011 (pemenang pingat emas), IIRIE 2011 (anugerah khas & pemenang pingat Perak), Teknologi Reka Cipta dan Inovasi Expo, ITEX 2011 (anugerah khas, pemenang pingat emas & pemenang pingat Perak).




No comments:
Post a Comment